Berkumpul di KLIA2 4 jam sebelum masa penerbangan untuk urusan daftar masuk. Berlepas dari Kuala Lumpur ke Lombok. Tiba di Lombok, dijemput oleh pemandu pelancong dan teruskan lawatan ke Sasak Village, perkampungan budaya yang didiami oleh masyarakat tradisional Lombok. Selepas makan tengahari, bergambar di Pantai Kuta dan Tanjung Ann. Makan malam dan bermalam di Lombok.
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Teluk Nara Harbor untuk menaiki bot ke Gili Trawangan. Dalam perjalanan, singgah bergambar di Bukit Malimbu. Tiba di Gili Trawangan, aktiviti bebas untuk aktiviti air seperti snorkeling, glass bottom boat, dan kayak (Sewa peralatan dan optional aktiviti tidak termasuk). Selepas makan tengahari, pulang ke Lombok dan singgah untuk shopping souvenir dan produk makanan ringan tempatan Lombok. Makan malam dan bermalam di Lombok.
Sarapan pagi dan check-out. Melawat Sukarare Village, terkenal dengan pembuatan tenunan dan melawat Banyumulek Village, terkenal dengan pembuatan tembikar. Selepas makan tengahari, bertolak ke Lembar untuk menaiki bot ke Bali. Tiba di Bali, melawat Uluwatu Temple. Kemudian ke Pantai Jimbaran untuk makan malam sambil menikmati pemandangan sunset. Check-in hotel dan bermalam di Bali.
Sarapan pagi di hotel. Melawat pusat kraftangan di Celuk Village, terkenal dengan pembuatan emas dan perak. Kemudian bertolak ke Kintamani untuk menikmati pemandangan gunung berapi aktif dan Tasik Batur. Selepas makan tengahari, bergambar di Rice Terrace di Tegallalang. Seterusnya melawat Pasar Ubud, pasar tradisional yang mejual pelbagai barangan cenderahati dan kraftangan. Kemudian melawat Tampak Siring, kuil yang paling popular di Bali. Makan malam dan bermalam di Bali.
Sarapan pagi dan check-out. Aktiviti bebas sehingga dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Nota: Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan.