Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa penerbangan untuk urusan daftar masuk. Berlepas dari Kuala Lumpur ke Seoul. Tiba di Seoul, dijemput oleh tour guide dan meneruskan lawatan di sekitar bandar Seoul termasuk Gyeongbok Palace, National Folk Museum, Gwanghwamun Square, dan Cheonggyecheon Stream. Selepas makan tengahari, solat zohor di Seoul Central Mosque, merupakan masjid pertama dibina di Korea. Kemudian, lawatan ke Seoul N Tower (Tidak termasuk observatory). Makan malam dan bermalam di Seoul.
Gyeongbok Palace
Sarapan pagi di hotel. Aktiviti sepenuh hari di Everland Theme Park / Lotte World termasuk tiket masuk. Kemudian merasai pengalaman mempelajari pembuatan Kimchi dan berpeluang untuk bergambar dengan pakain tradisional Han-Bok. Makan malam dan bermalam di Seoul.
Nota: Aturcara ditukar ke Snowyland pada musim Winter
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Nami Island, terkenal sebagai tempat penggambaran drama Korea, ‘Winter Sonata’. Selepas makan tengahari, pulang ke Seoul dan acara bebas untuk shopping di Dongdaemun Market. Makan malam dan bermalam di Seoul.
Myeong-dong Fashion & Food Street
Sarapan pagi di hotel. Melawat Red Pine Centre, Korean Cosmetic Store, dan Duty Free Outlet. Selepas makan tengahari, acara bebas untuk shopping di Nandaemun Street Market dan Myeong-dong Fashion & Food Street. Makan malam dan bermalam di Seoul.
Sarapan pagi dan check-out. Menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Berlepas dari Seoul ke Kuala Lumpur.
Nota: Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan.