Berkumpul di KLIA2 4 jam sebelum masa penerbangan untuk urusan daftar masuk. Berlepas dari Kuala Lumpur ke Jogjakarta. Tiba di Jogjakarta, dijemput oleh pemandu pelancong. Selepas makan tengahari, melawat Kraton (Istana Sultan) dan Tugu Monumen. Kemudian melawat Tebing Breksi (Breksi Cliff Park). Acara bebas untuk shopping di Malioboro Street. Makan malam dan bermalam di Jogjakarta.
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Gua Pindul yang terletak di Gunung Kidul untuk aktiviti ‘Cave Tubing’, menyusuri sungai di dalam gua menggunakan pelampung. Selepas makan tengahari, lawatan ke Pantai Timang dengan menaiki jip 4×4 (Tidak termasuk Gondola). Seterusnya ke Sepanjang Beach untuk bergambar sambil menikmati ‘sunset’. Makan malam dan bermalam di Jogjakarta.
Selepas sarapan pagi, melawat Perkampungan Kali Adem untul ‘Lava Tour’ di Gunung Merapi dengan menaiki jip 4×4. Selepas makan tengahari, lawatan ke Hutan Pinus Mangunan dan Rumah Hobit. Kemudian singgah bergambar di Kebun Buah Mangunan. Seterusnya ke Pantai Parangkusumo dan merasai pengalaman meluncur pasir di Gumuk Pasir. Makan malam dan bermalam di Jogjakarta.
Sarapan pagi dan check-out. Aktiviti bebas sehingga dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Nota: Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan.