Berkumpul di KLIA2 4 jam sebelum masa penerbangan untuk urusan daftar masuk. Berlepas dari Kuala Lumpur ke Saigon. Tiba di Saigon, dijemput oleh pemandu pelancong dan menerukan lawatan di sekitar bandar Ho Chi Minh termasuk Notre Dame Cathedral, Central Post office, dan City Hall. Selepas makan tengahari, shopping di pusat borong baju kurung, tudung, jubah, dan telekung. Bermalam di Ho Chi Minh.
Notre Dame Cathedral
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke My Tho. Tiba di My Tho menaiki bot menyeberangi Sungai Mekong ke Thoi Son Island. Melawat pusat pembuatan gula-gula kelapa, merasai buah- buahan tempatan bermusim sambil menikmati persembahan lagu-lagu rakyat tradisional, serta shopping barangan kraftangan. Kemudian, menaiki sampan meyusuri sungai kecil yang dilitupi pokok kelapa air. Selepas makan tengahari, pulang ke bandar Ho Chi Minh dan aktiviti bebas untuk shopping di Pasar Ben Thanh dan sekitarnya. Bermalam di Ho
Chi Minh.
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Cu Chi untuk melawat Cu Chi Tunnel, terowong sepanjang 200km yang digunakan sebagai tempat perlindungan gerila semasa peperangan Amerika- Vietnam. Selepas makan tengahari, pulang ke bandar Ho Chi Minh dan aktiviti bebas untuk shopping di Pasar Ben Thanh dan sekitarnya. Bermalam di Ho Chi Minh.
Pasar Ben Thanh
Sarapan pagi dan check-out. Aktiviti bebas sehingga dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Nota: Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan.