Berkumpul di KLIA2 4 jam sebelum masa penerbangan untuk urusan daftar masuk. Berlepas dari Kuala Lumpur ke Aceh. Tiba di Aceh, dijemput oleh pemandu pelancong dan melawat Rumah Cut Nyak Dhin. Kemudian bertolak ke Pantai Lampuuk. Selepas makan tengahari, melawat Perkampungan Nelayan di mana terdapat kapal yang tersadai di atas bumbung rumah semasa kejadian bencana Tsunami. Seterusnya melawat Masjid Raya Baiturrahman. Makan malam dan bermalam di Aceh.
Rumah Cut Nyak Dhin
Sarapan pagi dan check-out. Bertolak ke Ulee Lheu untuk menaiki bot ke Pulau Sabang (45 min). Tiba di Pulau Sabang, melintasi Anoi Hitam, Sumur Tiga & Benteng Peninggalan Jepang, view Danau Aneuk Laot, dan Tugu Sabang Fair. Selepas makan tengahari, menuju ke Nol Kilometer (0 km) dan Pantai Iboih untuk aktiviti snorkeling dan diving di Pulau Rubiah (sewa peralatan snorkeling tidak termasuk). Kemudian, shopping di Toko Souvenir. Makan malam dan
bermalam di Pulau Sabang.
Muzium Tsunami
Sarapan pagi dan check-out. Bertolak ke Balohan untuk menaiki bot ke Banda Aceh. Melawat Masjid Baiturrahim Ulee Lheu. Kemudian melawat PLTD Apung dan Muzium Tsunami. Selapas makan tengahari, shopping di Pasar Tradisional Aceh dan Toko Souvenir. Makan malam dan bermalam di Aceh.
Sarapan pagi dan check-out. Aktiviti bebas sehingga dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Nota: Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan.